Kegilaan Kendera Saji (Food Truck)!

Lokasi Kendera Saji menjadi tarikan terbaru di Seremban.

Serembanfoodtruck
Serembanfoodtruck
Photo Credits: Egard Mohd Aizat

Penduduk sekitar Seremban kini mempunyai satu lagi pilihan tempat untuk menjamu selera apabila projek kendera saji atau trak makanan mula dibuka di pekarangan parkir bangunan Plaza Seremban Mara.

Berkonsepkan santai, terbuka dan harga berpatutan, menjadikan trak makanan ini pilihan utama khususnya golongan muda untuk beristirahat sambil menjamu selera.

Naib Pengerusi Persatuan Peniaga Trak Makanan Bangi, Mohd Syazwan Shamsul Bahar berkata “Bukan sahaja ada pelbagai juadah makanan, tetapi para pengunjung juga akan dihiburkan dengan kumpulan buskers yang akan membuat persembahan selama tiga hari kita beroperasi.

Trak makanan kekal yang pertama di Seremban ini baharu sahaja dibuka dua bulan lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan sehingga menjadi lokasi pilihan penduduk di sekitar Seremban.

“Alhamdulillah, sasaran awal kita untuk mendapatkan lebih 2,000 pengunjung untuk tiga malam tercapai, malah dari hari ke hari jumlah pengunjung ke food truck di sini semakin bertambah terutamanya pada malam minggu,” katanya.

Bermula dengan menyediakan 30 kerusi dan meja sahaja, kini pihak penganjur terpaksa menambah bilangan kepada 60 hingga 70 buah kerusi serta meja makan, berikutan pengunjung semakin ramai terutamanya setiap hujung minggu.

Projek yang julung kali diadakan itu adalah di bawah anjuran Mara dengan kerjasama Persatuan Peniaga Trak Makanan Bangi, atau lebih dikenali FoodTruck SqFT @Mara atau Foodtruck SQFT at Seremban Plaza.

Trak makanan di lokasi tersubut mula beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad, pada jam 5 petang sehingga 2 pagi.

Dipetik dari: Sinarharian.com.my

 

 

  • Recent Posts