Konvoi Trak Makanan terbesar dan terpanjang di KJM 2017

100 buah trak makanan dari seluruh negara.

23659720_1959254181011403_2217394311085790080_n
23621380_1958535097749978_2648804239011302722_n
Photo Credits: Food Truck Valley

TANJUNG MALIM 21 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 selama lima hari, bermula 22 November 2017 di Bulatan Aman Jaya, Ipoh dekat sini.

Penganjuran KJM 2017 kali ini bakal mencatat rekod baharu apabila Konvoi Trak Makanan Malaysia diiktiraf sebagai ‘The Longest Distance Food Truck Convoy in Malaysia’ dan disertai oleh 100 buah trak makanan dari seluruh negara termasuk Sabah.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh menyempurnakan pelepasan konvoi tersebut pada pukul 11 pagi bertempat di Dataran 1Malaysia Youth City (1MYC) Food Truck Hotspot, Universiti Pendidikan Sultan Idris, di sini hari ini.

Selain itu, KPDNKK serta wakil-wakil komuniti trak makanan dari seluruh negara turut akan menjayakan Festival Food Truck Malaysia (FFTM) 2017 menerusi penyajian pelbagai jenis makanan dan minuman khususnya kepada warga Ipoh.

23659720_1959254181011403_2217394311085790080_n
Photo Credit: Silver State Food Trucks

Dalam pada itu, konvoi serta program termasuklah ‘1Malaysia Mobile Hawkers’ yang dilaksanakan di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu dilihat mampu mentransformasikan perniagaan bergerak ke arah konsep perniagaan yang lebih moden seperti di luar negara.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Penjaja dan Perniagaan Kecil KPDNKK, Abdullah Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE

3
Photo Credit: Food Truck Valley
2
Photo Credit: Food Truck Valley

Artikel Penuh: Utusan.com.my

  • Recent Posts