MARA tawar pembiayaan, nasihat kepada usahawan ‘food truck’

"Kemudahan disediakan dalam pembiayaan SPiM itu ialah pembelian harta tetap iaitu mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan pemberian modal pusingan."

FoodTruckStart2

KUALA LUMPUR: MARA menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) kepada para usahawan perniagaan bergerak yang menggunakan kenderaan, kontena, kabin atau karavan sejak 11 Mei lalu.

Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, Nor Zaini Abu Kassim, berkata antara kemudahan disediakan dalam pembiayaan SPiM itu ialah pembelian harta tetap iaitu mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan pemberian modal pusingan.

spim1

Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  • Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

 

Had pembiayaan diberikan untuk skim ini ialah RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian manakala RM500,000 bagi syarikat sendirian” katanya, di sini.

 
Nor Zaini berkata, mereka yang memohon pembiayaan itu perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan serta pernah menjalankan perniagaan, selain dikehendaki mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi lain yang diiktiraf.

Beliau berkata, MARA turut menyediakan Skim Khidmat Nasihat Perniagaan kepada usahawan trak makanan yang menghadapi masalah atau mahu meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

spim2

Bantuan daripada skim ini turut merangkumi bantuan dari segi promosi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan konsep, pemasaran dan juga ‘Business Coaching’.

 
“Khidmat nasihat ini dapat membantu para usahawan untuk menyemai keyakinan diri dan bagaimana untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam perniagaan ini,” katanya.

Nor Zaini berkata, Business Coaching ialah kaedah bimbingan untuk meningkatkan keupayaan dan potensi seorang usahawan sama ada baru atau usahawan yang berpengalaman, mempelajari selok-belok perniagaan.

“Kaedah bimbingan merangkumi pengurusan dan pentadbiran perniagaan, memahami pasaran, proses kerja sesuatu tugas dan bagaimana untuk menjadikannya lebih efektif dan cekap, perkembangan perniagaan, motivasi dan pelbagai lagi,” katanya. – BERNAMA

Selanjutnya di : Bharian.com

  • Recent Posts