Peruntuk RM1.6 Juta Bantu Usahawan Food Truck

Perniagaan food truck ini merupakan satu penjenamaan baru dalam aspek transformasi ekonomi

trengganu5Kuala Terengganu – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta bagi membantu usahawan food truck negeri Terengganu mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perniagaan atas kenderaan ini mempunyai potensi untuk diperluaskan kepada golongan muda dan wanita sekaligus membantu mereka mempunyai pekerjaan sebagai usahawan.

trengganu4

‘Perniagaan food truck ini merupakan satu penjenamaan baru dalam aspek transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kementerian yang sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada usahawan-usahawan kita’.

‘Kerajaan negeri juga menggalakkan usahawan food truck mengusahakan makanan Terengganu iaitu T-Kitchen seperti keropok lekor, nasi dagang atau kuih tradisional sebagai promosi kepada pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu pada tahun ini’.

‘Kerajaan negeri juga bersedia membantu golongan usahawan dalam memajukan lagi perniagaan mereka’, katanya selepas sidang media Perasmian Food Truck @ Pasarnita di Dataran Mara Shahbandar tengah hari tadi.

trengganu3

‘Terengganu menjadi negeri pertama yang menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk membina Pasarnita di peringkat negeri dan tahun ini mereka membawa aspek inovasi dengan mewujudkan keusahawanan food truck di Pasarnita juga memberi peluang kepada peniaga wanita

trengganu1

Sementara itu, Shahrizat meminta negeri lain supaya mencontohi kerajaan negeri Terengganu membina Pasarnita dalam membantu usahawan wanita berniaga di tapak kekal sekaligus dapat menambah pendapatan keluarga.

Beliau berharap sasaran setiap negeri di seluruh Malaysia mempunyai tapak berniaga khusus untuk golongan peniaga wanita dapat direalisasikan.

trengganu2Bacaan lanjutan di:  Terengganutimes.com

  • Recent Posts