Tahukah Anda Kos untuk Memulakan Food Truck?

Termasuk tips untuk mendapatkan pembiayaan

kos-memulakan-foodtruck

giphy

Modal merupakan asas untuk memulakan perniagaan trak makanan atau ‘Food Truck’.

Satu kelebihan food truck berbanding restoran dan kafe adalah pembelian trak makanan tersebut bolehlah dibuat secara ansuran atau installment.

Pembelian tersebut amat sama seperti pembelian sebuah kereta atau motosikal. Sekiranya anda mempunyai bank statement yang kukuh, pembelian food truck bersama perkakas boleh dibuat sekaligus.

Modal boleh diperolehi dari simpanan sendiri, keluarga, rakan kongsi, pinjaman bank, pinjaman dengan agensi kerajaan dan sebagainya.

Anggaran berikutnya merupakan pembelian food truck baru secara kasar. Walaupun ini sekadar ringkasan, proses untuk memulakan food truck tidak semudah dan boleh mengambil sekurangnya 3 bulan sebelum food truck sedia beroperasi.

  • Daftar SSM – RM100
    Wajib ada.
  • Daftar bank – RM2,000
    Wajib ada. Jika tidak kukuh, boleh disokong oleh penyata bank peribadi (personal bank statement). Boleh dikeluarkan untuk penggunaan lain.
  • Lesen GDL – RM500
    Wajib ada (untuk trak bawah 3 tan)
  • Deposit foodtruck 10% (harga on-the-road 55k) – rm5,500
    Ini adalah minima untuk kurangkan bayaran bulanan.
  • Bayaran bulanan – RM600
    Pastikan bayaran bulan seterusnya disediakan terdahulu kerana operasi memerlukan masa untuk bermula.
  • Papan menu/bunting – RM300
    Untuk jimatkan kos, alternatif lain seperti papan lukis/papan hitam boleh digunakan.
  • Stiker food truck basic – RM500
    Terpulang kepada citarasa anda.
  • Modal pusing – RM3,000 (min)
    Duit minyak, tol, gaji, stok & lain-lain.
  • Kelengkapan (bergantung kepada perniagaan) – RM4,000
    Dapur, tong gas, bekas, generator, tong ais & etc.
  • Stok (bergantung kepada perniagaan) – RM2,000
    Kos barangan mentah selalunya berubah, sediakan sekurang-kurang seminggu terdahulu
  • Lesen niaga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) – RM500 setahun (anggaran)
  • Maintenance – RM300

Anggaran: Lebih kurang dalam RM20,000 untuk foodtruck skala kecil (tapi ia juga boleh mencecah hampir RM100,000).

 

“Hmm modal tu, pada saya sekarang ni kalau korang ada dalam RM60,000 dah boleh jalan dah.” – Rosman Hussin, Pengurus Humble Chef ketika di interview oleh SOSCILI.

Menurut pengalaman dari Pengurus Humble Chef ni lagi, modal perniagaan yang digunakannya itu akan berbalik semula dalam masa enam hingga satu tahun.

Jikalau bajet masih tidak mencukupi, janganlah risau, kerajaan telahpun menyediakan pinjaman seperti berikut:

Kos tinggi, boleh untung ke?

Walaupun kos-kos ini semua nampaknya berat, industri food truck boleh merupakan pelaburan yang amat lumayan.

Mengikut anggaran daripada Kuantan Food Truck Club, pendapatan bagi satu food truck di lokasi yang tepat, boleh mencecah jualan harian sehingga RM1,000 ke RM2,000Jualan bulanan pula antara RM40,000- RM45,000. Tapi sekiranya hari tu ada event, pendapatan jualan harian di sesebuah event boleh cecah RM5,000 sehari (memang rasa nak henti kerje offis buat bisness food truck kan?).

Masih tak caya? beberapa perniaga food truck pun telah memberi testimoni mereka:

“… kini pendapatan bersih setiap bulan yang diperolehi mencecah RM10,000”.- Muhammad Hafiy, Pengasas Babarittos Food Truck. Dipetik dari Sinar Harian.

“Alhamdulillah, pendapatan harian dan bulanan yang diperoleh juga lumayan serta sambutan para pelanggan amat menggalakkan. Dalam sehari kami boleh perolehi jualan RM1,000.”- Siti Tun Zairiah, pengasas Sukamari, dipetik dari Kosmo.

Untuk bacaan lanjut kunjungi: Soscili.my

  • Recent Posts