Tiada Warung Tepi Jalan Menjelang Tahun 2020

Semua peniaga itu akan dipindahkan ke tempat lain atau berniaga menggunakan kenderaan saji (food truck)

foodtrucksspot2

foodtrucksspot2

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan tiada lagi penjaja tepi jalan menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata semua peniaga itu akan dipindahkan ke tempat lain atau berniaga menggunakan kenderaan saji (Food Truck).

Katanya, pihaknya juga akan mempastikan tiada lagi peniaga yang memasak di tepi jalan, sebaliknya perlu memasak di tempat lain dan membawa makanan untuk dijual ditempat yang disediakan.

foodtrucksspot1

Syed Ibrahim dari Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA)  berkata pihaknya menyokong cadangan kerajaan mahu memindahkan peniaga tepi jalan ke ruang niaga yang disediakan.

Katanya, ia berikutan, peniaga tepi jalan mengundang risiko dari segi kesihatan selain mengganggu lalu lintas.

Dipetik dari: Bharian.com.my

  • Recent Posts